
Masakan ibu sudah pasti adalah yang terbaik bagi mana-mana keluarga.
Bayangkan ibu anda yang pulang dari tempat kerja dan minta anda untuk keluarkan daging beku dalam peti ais agar boleh terus masak setibanya di rumah tetapi anda terlupa berbuat demikian.
Tipulah jika anda tidak cuak dan berasa buntu kerana daging masih beku dan ibu anda hampir pulang ke rumah.
Ikuti perkongsian rasa.my mengenai tip untuk lembutkan daging beku mudahkan para ibu dan juga anda di luar sana sepantas 5 minit sahaja.
Sebenarnya mudah sahaja untuk lembutkan daging beku dan anda hanya perlukan 2 periuk jenis logam.
Untuk pengetahuan anda, logam terutama sekali aluminium bertindak sebagai konduktor haba yang baik dimana haba terhasil melalui proses ini mampu melembutkan daging beku.
Cara-cara melembutkan daging beku:
- Terbalikkan periuk yang pertama.
- Kemudian, letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
- Letakkan periuk lagi satu di atas daging tersebut. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
- Isikan air ke dalam periuk tersebut.
- Tunggu sehingga daging beku menjadi lembut. Kebiasaannya masa yang diambil dalam 5 hingga 10 minit bergantung kepada ketebalan daging.
Mudah, bukan? Selepas ini, anda bolehlah lembutkan daging beku dengan segera tanpa perlu menunggu lama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]