
Dalam hantaran itu, tiga penghantar didakwa meminta tip dengan alasan seperti memerlukan wang untuk petrol, manakala seorang lagi didakwa cuba menjual makanan tambahan selepas ditolak pelanggan.
Grab memberitahu FMT mereka akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan disiplin yang sesuai terhadap penunggang yang terlibat.
Syarikat itu menegaskan kod etika mereka melarang penunggang meminta atau memohon tip daripada pelanggan.
Syarikat juga menekankan pemberian tip di platform Grab adalah sepenuhnya pilihan pelanggan.
“Dasar rasmi kami menyatakan tip adalah pilihan dan seharusnya dianggap sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan yang cemerlang,” kata Grab.