PH mahu cabar pelantikan speaker baru DUN Melaka

PH mahu cabar pelantikan speaker baru DUN Melaka

DUN Melaka semalam menyaksikan Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai speaker setelah mendapat sokongan majoriti 16 daripada 28 Adun.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, PH akan memfailkan saman pemula dalam masa terdekat bagi mencabar keabsahan pelantikan Ab Rauf Yusoh sebagai speaker DUN Melaka. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Pakatan Harapan (PH) akan mencabar keabsahan kedudukan pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Adun Rim Ghazale Muhamad sebagai timbalan speaker.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, PH akan memfailkan saman pemula dalam masa terdekat melalui masing-masing melalui Omar Jaafar dan Wong Fort Pin, yang didakwa masih speaker dan timbalan speaker DUN Melaka yang sah.

Persidangan DUN Melaka semalam kecoh dengan desakan daripada Adun Perikatan Nasional (PN) yang mendesak Omar digantikan dengan anggota PN.

Persidangan itu kemudiannya menyaksikan Ab Rauf dilantik sebagai speaker setelah mendapat sokongan majoriti 16 daripada 28 Adun keseluruhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.