
Perintah reman dikeluarkan Majistret Saba’aton Daud.
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata individu itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya semalam.
Turut dirampas sebuah komputer riba miliknya.
“Jumaat lepas, polis Johor menerima 1 laporan polis daripada orang awam ekoran kenyataan jelik di laman sosial Facebook berbaur hinaan terhadap Tunku Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun, atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Sehubungan dengan itu, Ayob Khan menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi memuat naik kenyataan palsu bertujuan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak atau tindakan tegas akan diambil.