Port Dickson kini jadi tempat permainan ikan lumba-lumba!

Port Dickson kini jadi tempat permainan ikan lumba-lumba!

Ikan lumba-lumba dilihat bermain-main di perairan Tanjung Tuan, Port Dickson baru-baru ini.

Ikan lumba-lumba dilihat bermain-main di perairan Tanjung Tuan, Port Dickson baru-baru ini.

Selepas tular kisah pantai Port Dickson yang menjadi tumpuan penyu untuk bertelur, kini pantai berkenaan menjadi tumpuan ikan lumba-lumba pula.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang netizen, Zairul Khalil dalam “Port Dickson Area”, ikan lumba-lumba itu dilihat bermain-main di perairan Tanjung Tuan, Port Dickson baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 42 saat itu tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, ia merupakan satu fenomena biasa bagi golongan nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS).

Untuk pengetahuan ikan lumba-lumba merupakan spesis mamalia marin yang dilindungi dibawah Akta Perikanan 1985.

https://www.facebook.com/hj.tuah.3/videos/3120553411323773/

“Nelayan kita tidak dibenarkan untuk tangkap ikan itu. Kita berharap semua pihak supaya tidak mengganggu haiwan berkenaan kerana ia adalah haiwan marin yang dilindungi bersama paus, dugong, penyu, yu gergaji, yu sirip putih besar, yu tukul dan pari manta,” kata Pengarah JPNS, Halimi Abu Hanip.

Tambah beliau lagi, ekoran daripada pelaksanaan PKP juga, ia secara tak langsung memberi kesan baik terhadap alam sekitar.

Kali terakhir ikan lumba-lumba itu dilihat adalah pada Disember tahun lepas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.