Maszlee dilantik pengerusi jawatankuasa penasihat Mara Corp

Maszlee dilantik pengerusi jawatankuasa penasihat Mara Corp

Empat ahli yang terdiri dari Mohd Rafiq Naizamohideen, Ab Rakib Ahmad, Ahri Hashim dan Dr. Shahridan Faiez

Menteri Pembangunan Luar Bandar Abd Latiff Ahmad, melalui pelantikan dan pendekatan baru, kementerian yakin Mara akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.
PETALING JAYA:
Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengumumkan pelantikan Maszlee Malik sebagai pengerusi Jawantankuasa Penasihat Mara Corp.

Selain ahli Parlimen Simpang Renggam itu, turut dilantik ialah Mohd Rafiq Naizamohideen, Ab Rakib Ahmad, Ahri Hashim dan Dr Shahridan Faiez.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Abd Latiff Ahmad, 7 individu lain turut dilantik sebagai ahli Majlis Mara yang baru berkuat kuasa 15 Mei ini.

Kesemua 7 yang dilantik ialah Kamal Nasharuddin Mustapha, Siti Zauyah Md Desa, Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Jamelah Jamaluddin, Zainal Abidin Kidam, Md Alwi Che Ahmad dan Nor Azri Zulfakar.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik.

Latiff berkata, kementerian yakin kesemua ahli Majlis Mara yang dilantik mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam membangunkan sosio-ekonomi Bumiputera.

Selain ahli Majlis Mara, KPLB juga mengumumkan pelantikan pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp), Syed Muhamad Syed Kadir.

Mara Corp yang mula beroperasi pada tahun 2016 memainkan peranan melalui subsidiari di bawahnya untuk terlibat secara aktif dalam sektor kritikal ekonomi seperti aeroangkasa, pendidikan, perkhidmatan kewangan, hartanah, pengangkutan dan peruncitan.

Melalui pelantikan dan pendekatan baru ini, kementerian yakin Mara akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosio-ekonomi Bumiputera, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.