Kreatif… Gara-gara perintah berkurung buat pertunjukan singa dalam rumah

Kreatif… Gara-gara perintah berkurung buat pertunjukan singa dalam rumah

Perintah berkurung di Mesir tidak halang Ashraf ambil inisiatif mengadakan pertunjukan singa dalam talian.

Perintah berkurung di Mesir tidak halang Ashraf ambil inisiatif mengadakan pertunjukan singa dalam talian. (Gambar Twitter)

Sejak perintah berkurung berkuat kuasa di Mesir, seorang pemuda, Ashraf el-Helw, 26, mengambil inisiatif mengadakan pertunjukan singa dalam talian.

Malah, lelaki yang juga pelatih generasi ketiga Singa Mesir itu hanya mengadakan pertunjukan dari dalam apartmen di bandar ini.

LBC News melaporkan Ashraf kini menyiapkan rakaman pertunjukan kedua dan berkata, lebih banyak lagi mahu dilakukan dalam usaha menggalakkan orang ramai duduk rumah.

Video pertama meraih maklum balas memberangsangkan dari penduduk Mesir di media sosial, namun ada juga mempersoalkan cara keluarga pelatih singa terkenal itu melayan haiwan terbabit.

Menurut Ashraf, keluarga singa itu ditempatkan di ladang mereka dari jarak sejam perjalanan.

Singa itu diambil untuk rakaman pertunjukan sebelum dihantar kembali di ladang yang turut menempatkan 40 haiwan lain termasuk monyet.

“Sejak lahir, saya melihat singa di sekeliling,” katanya

Menurutnya, dia mengendalikan haiwan bersama adik beradiknya sejak berusia 6 tahun dan membuat pertunjukan pada usia 16 tahun.

Keluarga berkenaan membuat pertunjukan sarkas menggunakan singa sejak lebih satu abad.

Nenek Ashraf, Mahassen el-Helw seorang penghibur sarkas terkenal yang memiliki sarkas sendiri dan menjadi pelatih singa wanita pertama Arab.

Namun, di sebalik kehandalan mereka, tragedi berlaku pada 1972 apabila datuknya, Mohammed el-Helw terbunuh akibat dibaham singa di depan penonton.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.