Sarawak sokong ‘4 orang 1 kereta’, tak setuju buka semula perniagaan

Sarawak sokong ‘4 orang 1 kereta’, tak setuju buka semula perniagaan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata ia berkuat kuasa serta-merta kerana keputusan itu diwartakan ke dalam undang-undang.

Kerajaan membenarkan maksimum 4 ahli keluarga menaiki 1 kereta bermula hari ini. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Sarawak akan mengikuti langkah Putrajaya membenarkan 4 ahli keluarga dalam 1 kenderaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri.

Pengerusi jawatankuasa, Douglas Uggah Embas berkata ia berkuat kuasa serta-merta kerana keputusan tersebut diwartakan ke dalam undang-undang.

Semalam, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan maksimum 4 ahli keluarga menaiki 1 kereta bermula hari ini dengan syarat mereka mestilah dari rumah yang sama.

Beliau berkata tidak ada masalah menjaga jarak sosial kerana penghuni tinggal bersama.

Mengenai keputusan Putrajaya membuka semula beberapa perniagaan, Sarawak berkata ia tidak akan melaksanakan peraturan itu, dengan mempertimbangkan keadaan semasa dari segi jumlah kes Covid-19 dan kemampuan logistiknya.

Uggah berkata pembukaan semula aktiviti ekonomi di negeri itu akan diumumkan secara berperingkat, selepas “setiap minit perincian prosedur operasi standard dan garis panduan difahami”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.