
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, RUU itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, iaitu pada Julai ini.
“Pada masa sama, kerajaan turut mengambil maklum pandangan Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung tempoh persidangan Parlimen yang akan bersidang pada 18 Mei.
“Mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai diadakan, sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung hanya 1 hari sahaja pada 18 Mei wajar dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bahkan, susunan kedudukan ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat juga akan diubah suai dengan mengamalkan penjarakkan sosial bagi menjamin semua ahli Parlimen dapat mengambil bahagian dalam ruang lingkup prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Terdahulu, Majlis Presiden PH mencadangkan persidangan Dewan Rakyat dijalankan selama 2 minggu dan bukannya sehari seperti diputuskan sebelum ini.
Cadangan itu dibuat selaras dengan pendirian kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh bermula, tertakluk kepada SOP.