Pastikan jarak sosial jika buat aktiviti di taman awam, kata KP Kesihatan

Pastikan jarak sosial jika buat aktiviti di taman awam, kata KP Kesihatan

Bermula 4 Mei hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada syarat ditetapkan.

KKM berkata, inidividu yang melanggarkan peraturan jarak sosial ketika berada di taman awam akan dikenakan tindakan.
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai yang pergi ke taman awam supaya menjaga peraturan jarak sosial yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya mereka melanggar tatacara operasi standard (SOP), tindakan akan dikenakan.

“Kita ada SOP penggunaan taman awam. Sama ada di kawasan zon merah atau zon hijau, tetapi apabila kita ke taman, pastikan ada penjarakan,” katanya pada sidang media harian beliau mengenai Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, penguatkuasaan akan dijalankan di taman awam di kawasan terbabit.

“Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja berkata, hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial akan dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kegiatan ekonomi dan sosial yang melibatkan perhimpunan ramai atau sentuhan badan dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan Covid-19 masih tidak dibenarkan.

Ini termasuklah panggung wayang dan bazar serta sukan seperti bola sepak dan ragbi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.