
KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas timbalan menteri kesihatan yang didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dijangka siap hari ini, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.
Dr Noor Azmi Ghazali dikritik selepas gambar menunjukkan beliau menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah maahad tahfiz di Perak.
“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri kesihatan.