

Beliau berkata, ia antara 946 premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu diketuai Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) JKNS di seluruh negeri itu.
“Premis berkenaan adalah 3 kedai serbaneka, 3 kedai runcit dan masing-masing satu kilang, bengkel serta kedai makan. Arahan penutupan premis berkenaan dikeluarkan Majlis Perbandaran Sandakan.
“JKNS telah mengeluarkan amaran sebanyak 2 kali, tetapi premis berkenaan masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan sebelum diarahkan tutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, turut serta dalam operasi bersepadu itu ialah polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan dengan kekuatan 165 anggota di seluruh Sabah.