Rihanna sindir Donald Trump ‘saya sedang selamatkan dunia, bukan seperti presiden anda!’

Rihanna sindir Donald Trump ‘saya sedang selamatkan dunia, bukan seperti presiden anda!’

Sehingga kini Rihanna sudah sumbang RM21 juta bantu kurang beban mereka dijangkiti Covid-19.

Melalui badan amal, Rihanna menderma RM21 juta untuk bantu kurangkan beban mereka yang dijangkiti Covid-19. (Gambar Reuters)

Penyanyi Rihanna kerap diajukan soalan daripada peminat mengenai album barunya yang dijangka akan dilancarkan tahun ini.

Menurut laporan portal E News, Rihanna meminta peminatnya bersabar kerana dia masih mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 ini.

Menerusi siaran langsung di Instagram, penyanyi lagu Umbrella ini menjawab salah satu soalan pengikutnya yang bertanyakan mengenai album terbaharu.

“Kenapa kamu semua masih bertanya tentang album, saya sedang cuba menyelamatkan dunia. Tidak seperti presiden anda,” katanya menyindir Donald Trump.

Umum mengetahui, Rihanna turut memberikan sumbangan yang besar dalam membendung wabak Covid-19.

Melalui badan amalnya, penyanyi ini dilaporkan menderma RM21 juta untuk membantu mengurangkan beban mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.