Kreatif… Bina rumah atas pokok asingkan diri elak dijangkiti Covid-19

Kreatif… Bina rumah atas pokok asingkan diri elak dijangkiti Covid-19

Tyagi yang menetap di Kampung Asodha percaya hanya cara itu dapat melakukan penjarakan sosial dan mengelak daripada terkena jangkitan.

Tyagi percaya dengan duduk atas pokok dapat melakukan penjarakan sosial dan mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19. (Gambar Twitter)

Gara-gara mahu elak dirinya daripada dijangkiti wabak Covid-19, seorang lelaki di Hapur di daerah Uttar Pradesh membina rumah atas pokok semata-mata mengasingkan dirinya.

India Today melaporkan Mukul Tyagi membina rumah pokok itu daripada kayu lama dan kering yang dicantumkan menjadi tapak.

Tyagi yang menetap di Kampung Asodha percaya hanya cara itu dapat melakukan penjarakan sosial dan mengelak daripada terkena jangkitan.

“Disebabkan saranan penjarakan sosial, saya ambil keputusan tinggal sendirian.

“Dengan bantuan anak lelaki, kami potong pokok dan cantumkan dengan papan,” katanya.

Sementara itu, anak lelakinya memberitahu agensi berita ANI, idea membina rumah pokok itu datang daripada bapanya.

“Kami guna kayu kering yang dipotong sebagai papan.

“Kami ikat papan itu bagi mencantumkannya dan ia pengalaman menyeronokkan.

“Malah kami rasa lebih dekat dengan alam semulajadi dan persekitaran sekeliling juga bersih,” katanya yang mengambil sumber makanan daripada rumah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.