
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan sekatan ketat atau “lockdown”akan dilaksanakan Seksyen 6 Shah Alam.
Katanya, Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kesihatan Selangor hanya akan melakukan saringan komuniti awal secara percuma dari rumah ke rumah melibatkan golongan berisiko seperti warga emas.
Sementara itu, polis daerah Raub di Pahang menolak dakwaan mereka ke Pasaraya Thong Fatt dan memberi amaran akan menyaman individu tidak memakai topeng sebanyak RM1,000.