
Sejak wabak Covid-19 melanda beberapa negara, semua aktiviti kehidupan terhenti buat sementara waktu apabila ada sesetengah negara yang memerintahkan “lockdown” bagi menangani wabak ini.
Antara langkah yang diketengahkan oleh kebanyakan negara adalah penjarakkan sosial serta melakukan pengasingan dengan kekal duduk di rumah bertujuan memutuskan rantaian Covid-19.
Selain itu, situasi ini juga menyebabkan beberapa kilang terpaksa ditutup, pergerakan manusia terhad dan secara perlahan-lahan landskap di beberapa bandar atau tempat tumpuan pelancong menjadi tanah lapang.
Walaupun suasana ini kelihatan suram dan bungkam, namun tahap pelepasan karbon yang rendah akibat daripada aktiviti manusia yang berkurangan memberi manfaat baik untuk alam semulajadi.
Di utara India, selepas 30 tahun tidak kelihatan, akhirnya banjaran Himalaya menunjukkan dirinya selepas kualiti udara yang lebih baik.
Manakala di Mumbai, perbezaan kualiti udara juga dapat di lihat di sepanjang pantai barat India.

Sejak Iran mengenakan langkah-langkah penjarakkan sosial serta perintah berkurung bagi membendung wabak ini, kualiti udara di beberapa tempat di sekitar Iran turut bertukar menjadi lebih baik.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan pakar, situasi ini hanya bergantung kepada berapa lama wabak Covid-19 akan berlaku.
Dan situasi yang terjadi kepada alam sekitar faktor kepada langkah-langkah penguncian dan penjarakkan sosial yang dilakukan oleh beberapa negara.
Untuk rekod sehingga kini, lebih 1.5 juta orang dijangkiti wabak Covid-19 manakala lebih 90,000 kematian dicatatkan.
Amerika Syarikat masih mencatat rekod sebagai negara paling teruk terjejas diikuti dengan Sepanyol, Itali dan Jerman.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]