KKM: Ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara jadi wad pesakit Covid-19

KKM: Ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara jadi wad pesakit Covid-19

Semalam 118 kes baru Covid-19 dicatatkan di seluruh negara menjadikan keseluruhan kes positif 4,346 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh kini dijadikan wad 60 katil untuk pesakit Covid-19 bergejala ringan. (Gambar Facebook Dr Noor Hisham Abdullah)
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sg Buloh telah berjaya ditukarkan kepada sebuah wad 60 katil khas untuk pesakit Covid-19 dengan gejala ringan.

Beliau berkata demikian di laman Facebook berhubung perkembangan terkini wabak Covid-19.

Pusat itu dibina 1930 dan digunakan sebagai kawasan petempatan pesakit kusta sehingga 1995 bagi mengasingkan mereka dari orang awam lain.

Ia kemudiannya dikenali sebagai Lembah Harapan.

Semalam Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan 118 kes baru Covid-19 dicatatkan menjadikan keseluruhan kes positif 4,346 orang.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung semalam, Muhyiddin berkata, 222 pesakit pulih, menjadikan semua 1,830 dibenarkan keluar hospital, iaitu 42.11% daripada kes positif wabak tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.