Sepang, Kota Samarahan kini zon merah Covid-19

Sepang, Kota Samarahan kini zon merah Covid-19

Sepang kini mempunyai 46 kes, manakala Kota Samarahan dengan 42 kes.

Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara disenaraikan sebagai zon merah Covid-19.
PETALING JAYA:
Sepang di Selangor dan Kota Samarahan di Sarawak disenaraikan sebagai zon merah Covid-19 selepas lebih 40 kes positif direkodkan.

Infografik Kementerian Kesihatan menunjukkan Sepang kini mempunyai 46 kes, manakala Kota Samarahan dengan 42 kes.

Kota Samarahan ialah daerah ke-2 di Sarawak, selepas Kuching disenaraikan sebagai zon merah.

Zon merah lain di seluruh negara ialah:

  • Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor)
  • Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)
  • Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor)
  • Hilir Perak dan Kinta (Perak)
  • Seremban (Negeri Sembilan)
  • Kota Bharu (Kelantan)
  • Jerantut (Pahang)
  • Jasin (Melaka)
  • Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
  • Kuching (Sarawak)
  • Tawau (Sabah)

Setakat semalam, 63 kematian dan 3,963 kes positif Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.