Pulau Pinang tidak benarkan penerbangan antarabangsa

Pulau Pinang tidak benarkan penerbangan antarabangsa

Pembatalan penerbangan antarabangsa ke LTAPP adalah sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penumpang dari luar negara yang tiba di KLIA dan KLIA2 dan ingin meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur terlebih dahulu.
GEORGE TOWN:
Pulau Pinang tidak lagi menerima penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) buat masa ini apabila semua syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka berikutan wabak Covid-19.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pembatalan penerbangan antarabangsa ke LTAPP itu adalah sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Menurut pengurus kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) LTAPP, tiada lagi penerbangan antarabangsa ke Pulau Pinang,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Merujuk kepada penumpang dari luar negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dan ingin meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang beliau berkata, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

“Semua penumpang antarabangsa yang tiba di Kuala Lumpur, walaupun penduduk Pulau Pinang, perlu dikuarantin di Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.