Canggih… Robot soal siasat individu berkeliaran di luar rumah di Tunisia

Canggih… Robot soal siasat individu berkeliaran di luar rumah di Tunisia

Robot-robot di Tunisia dikawal dari jauh oleh pihak polis, dan mendekati mana-mana individu yang berada di jalanan.

Mana-mana individu yang ditahan perlu menunjukkan kad pengenalan atau dokumen peribadi mereka pada kamera robot. (Gambar Twitter Tunisia)

Polis di Tunisia mula menggunakan robot yang boleh bercakap untuk menahan dan menegur sesiapa yang dikesan berkeliaran semasa perintah berkurung di utara Afrika itu.

Robot-robot di Tunisia dikawal dari jauh oleh pihak polis, dan mendekati mana-mana individu yang berada di jalanan.

Ketika ini, penduduk di Tunisia hanya dibenarkan untuk keluar daripada rumah untuk membeli barang keperluan dan ubat-ubatan.

Mana-mana individu yang ditahan perlu menunjukkan kad pengenalan atau dokumen peribadi mereka pada kamera robot.

Bagaimanapun, tidak dipastikan berapa banyak robot pengawasan yang diberi oleh PGuards, untuk digerakkan di Tunisia.

Menurut laporan BBC, pengeluar robot berkenaan, Enova Robotics enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai robot itu termasuklah kosnya dan menyifatkan perkara tersebut sulit.

PGuard merupakan robot yang digerakkan dengan 4 tayar, dan mempunyai teknologi pengesan cahaya dan jarak.

Dalam satu insiden, seorang lelaki disoal sekiranya dia mengetahui tentang perintah berkurung dan menjelaskan dia mahu keluar membeli rokok.

“Ok beli rokok, tapi cepat dan balik rumah,” kata robot berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.