Kabinet potong gaji menteri 2 bulan untuk Tabung Covid-19

Kabinet potong gaji menteri 2 bulan untuk Tabung Covid-19

Ia bagi membuktikan kesungguhan kerajaan membantu mereka yang terkesan akibat penularan wabak.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuat sumbangan kepada Tabung Covid-19 selepas mesyuarat Kabinet pada 11 Mac.
PETALING JAYA:
Kabinet hari ini membuat keputusan gaji 2 bulan perdana menteri, menteri, dan timbalan menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Tabung itu dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak koronavirus itu.

“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19,” katanya Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan sebanyak RM8,493,103.48.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.