Putrajaya nafi 5 berita palsu berkait Covid-19

Putrajaya nafi 5 berita palsu berkait Covid-19

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan senarai 5 berita palsu yang tersebar di media sosial.

Polis menafikan orang ramai akan disaman RM200 jika tidak memakai topeng.
PETALING JAYA:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan satu senarai berita palsu yang tersebar di media sosial susulan penularan Covid-19 dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan hari ini berkata, polis menafikan orang ramai akan disaman RM300 jika menaiki kereta melebihi seorang dan RM200 jika tidak memakai topeng.

Katanya, polis turut menolak dakwaan 4 lelaki India positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ia berkata, Hospital Dungun menafikan semua kakitangannya dikuarantinkan.

“Walaupun terdapat kes positif Covid-19 di hospital tersebut, arahan kuarantin tidak melibatkan semua staf seperti didakwa.”

Katanya, Kementerian Kesihatan menafikan hilang selera makan dan deria bau antara simptom baru Covid-19, manakala Pejabat Menteri Besar Selangor menepis dakwaan Sg Lui, Sg Ramal Dalam, Sg Merab dan Jalan Kebun sebagai lokasi panas Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara cawangan Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.