Menteri sahkan korban ke-16 Covid-19 pegawai veteran ATM

Menteri sahkan korban ke-16 Covid-19 pegawai veteran ATM

Mangsa berpangkat leftenan kolonel dan warisnya akan menerima pencen sebanyak RM2,856.82 setiap bulan.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
PETALING JAYA:
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mendedahkan mangsa ke-16 wabak Covid-19 yang meninggal dunia semalam adalah pegawai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ismail berkata, mangsa berpangkat leftenan kolonel dan warisnya akan menerima pencen sebanyak RM2,856.82 setiap bulan.

“Bagi pihak kementerian dan kerajaan mengucapkan ucapan takziah kepada keluarganya,” katanya pada sidang media hari ini di Kementerian Pertahanan.

Ismail berkata, kerajaan juga akan menyumbang RM3,000 kepada keluarga mangsa untuk perbelanjaan pengebumiannya semalam.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes mati ke-16, kes No 1,334, adalah lelaki Malaysia berusia 75 tahun yang meninggal selepas ujian positif untuk Covid-19 pada 21 Mac.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata kementeriannya bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran RM500 sebulan kepada 40,000 penerima penerima Pingat Jasa Negara yang belum menerimanya.

Pembayaran tersebut akan dibuat pada akhir bulan.

Kementerian itu juga mempercepat bantuan tunai sebanyak RM300 kepada kira-kira 4,800 veteran angkatan tentera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.