Menteri perhubungan Indonesia disah positif Covid-19

Menteri perhubungan Indonesia disah positif Covid-19

Sejak mencatatkan kes positif Covid-19 pertama 2 Mac lepas, jumlah kes di Indonesia setakat hari ini sebanyak 96 kes, dengan 5 kematian.

Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi disahkan sebagai kes positif Covid-19 ke-76 dan kini dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat Gatot Soebroto di Jakarta. (Gambar Twitter)
JAKARTA:
Seorang menteri di Indonesia disahkan positif Covid-19.

Menteri Perhubungan (Pengangkutan) Budi Karya Sumadi dinyatakan sebagai kes positif ke-76 dan kini dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.

Pengesahan kes itu dibuat Menteri Sekretaris Negara Indonesia Prof Dr Pratikno dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan, malam ini.

“Atas izin (kebenaran) keluarga, (kes ke-76) yang dimaksudkan (adalah) Pak Budi Karya Sumadi (Menteri Perhubungan),” kata Pratikno.

Budi Karya, 63, menjawat jawatan itu sejak 2016.

Sejak Indonesia mencatatkan kes positif pertama pada 2 Mac lepas, jumlah kes setakat hari ini sebanyak 96 kes, dengan 5 kes kematian dicatatkan malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.