Menteri antara lebih 1,400 kes Covid-19 di Perancis

Menteri antara lebih 1,400 kes Covid-19 di Perancis

Menteri Kebudayaan Franck Riester menjalani kuarantin di rumah.

Pengunjung beratur untuk masuk Chateau de Versailles di Paris pada 3 Mac lepas. Tumpuan pelancong itu masih dibuka selepas pengurusan bertemu kakitangan yang bimbang tentang penyebaran virus. (Gambar AP)
PARIS:
Menteri Kebudayaan Perancis Franck Riester disahkan dijangkiti Covid-19, namun berada dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri itu pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.

Terdapat 1,412 kes di Perancis dengan 25 kematian setakat 3 petang Isnin, menurut Kementerian Kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.