
Khazanah dalam satu kenyataan hari berkata, peletakan jawatan Hassan berkuat kuasa pada 6 Mac kerana mahu memberi perhatian kepada perkara lain.
Beliau merupakan ketua eksekutif Petronas dari 1989 hingga 2010.
Menurut Bernama, pada 2018 Hassan dilantik sebagai anggota majlis penasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz; bekas menteri kewangan Daim Zainuddin; tokoh perniagaan Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah pada tahun yang sama.
Khazanah merupakan dana pelaburan kerajaan yang berperanan mengembangkan kekayaan jangka panjang negara berdasarkan objektif komersial dan strategik.
Dari segi komersial, ia berperanan mengembangkan aset kewangan dan kepelbagaian sumber hasil negara, sementara objektif strategiknya ialah mengawal aset strategik yang membawa manfaat ekonomi jangka panjang.