Cara buat e-Filing cukai pendapatan 2020 untuk ‘first timer’

Cara buat e-Filing cukai pendapatan 2020 untuk ‘first timer’

Mulai 1 Mac hingga 15 Mei 2020 merupakan tempoh untuk semua isytihar pendapatan bagi tahun taksiran 2019.

Proses e-Filing lebih mudah dan senang jika tahu caranya.

Tiba musim e-Filing!

1 Mac 2020 akan bermulanya tempoh pengisytiharan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019.

Ada di antara kita yang dah biasa buat e-Filing, tapi ada juga yang baru pertama kali nak buat e-Filing.

Atau mungkin ada yang sebelum ini hantar borang secara manual dan pertama kali hendak menggunakan sistem online di “EZ Hasil”.

Apakah e-Filing?

Untuk pengetahuan, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui laman web rasmi LHDN iaitu https://ez.hasil.gov.my untuk log masuk ke Sistem ezHASiL.

Walaupun borang manual masih diterima, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya mudah, cepat dan selamat.

Tarikh akhir mengemukakan Borang BE 2019 (individu yang tidak menjalankan perniagaan) adalah pada 30 April 2020.

Tetapi jika anda menggunakan e-Filing e-BE 2019 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 Mei 2020.

Bagaimana proses sistem e-Filing?

Secara ringkasnya, sistem e-Filing boleh diisi oleh anda yang pernah berdaftar ataupun pertama kali menggunakannya.

1. Bagi Pembayar Cukai yang TELAH mendaftar Sijil Digital:

  • Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
  • Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  • Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
  • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  • Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

2. Bagi Pembayar Cukai yang BELUM mendaftar Sijil Digital:

  • Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
  • Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH).

Perlu disertakan:

i. Borang CP55B yang lengkap diisi.

ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.

iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

e-Filing 2020: Cara mengisi borang e-BE 2019

Berikut adalah panduan mengisi Borang e-BE 2019 oleh #FriendsofHASiL terutama buat yang pertama kali mengisi.

Bagi yang pernah mengisi, terdapat beberapa perkara baru yang dilabel “new” menunjukkan item pindaan / baharu bagi e-BE 2019 berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Untuk pertanyaan dan bantuan berkaitan e-Filing 2020 atau apa-apa kemusykilan tentang cukai pendapatan, hubungi pihak LHDN di saluran berikut:

  • Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
  • Faks ke nombor : 03-4289 3400
  • E-mel: [email protected]
  • Kunjungi cawangan HASiL atau Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Semoga ianya bermanfaat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.