
Pelantikan Azam itu menyusul tindakan Yang di-Pertuan Agong meluluskan permohonan Latheefa Koya memendekkan kontraknya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mulai hari ini.
PMO berkata, pelantikan Azam dibuat sejajar Subseksyen 5(1) Akta 694 oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM,” kata PMO dalam kenyataan hari ini.
Azam dilaporkan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun berkhidmat dalam SPRM dan beliau dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya pada 2016.
Latheefa dilantik menerajui SPRM selama 2 tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019, tetapi beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri ke-9, Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.
Latheefa ialah pegawai kanan ke-2 dilantik kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan susulan pertukaran kerajaan baru-baru ini.
Terdahulu, Tommy Thomas melepaskan jawatan peguam negara.