Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac

Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac

Speaker Ariff Yusof berpandangan keperluan mengadakan mesyuarat khas akan dibuat selepas mendapat titah Agong.

Mohamad Ariff Md Yusof.
PETALING JAYA:
Speaker dewan Rakyat mengumumkan tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.

Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan hari ini mengesahkan ada menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad, namun surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3).

“Oleh kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang lengkap,” katanya.

Ariff juga berpandangan keperluan untuk mengadakan mesyuarat khas Dewan Rakyat akan dibuat “selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Agong” berhubung proses pemilihan perdana menteri.

“Oleh yang demikian, saya memutuskan tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Isnin,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Sementara, Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri seterusnya mungkin perlu ditentukan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, kerana selepas para ahli Parlimen ditemubual, Agong mendapati tiada siapa mempunyai majoriti ketara untuk menubuhkan kerajaan baru.

Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.