
Jika sebelum ini berlaku beberapa kontroversi dengan penganjuran Sukan Sea di Filipina seperti venue, penginapan dan juga makanan buat atlet negara.
Kebanyakan atlet berdepan situasi sukar apabila terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke sesebuah venue termasuk kekurangan bekalan makanan halal.
Namun bagi Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun pada 24 Julai hingga 9 Ogos ini, Malaysia satu-satunya negara yang dipilih untuk membekalkan makanan halal

Syarikat kecil dari Malaysia, MyChef kini giat menyediakan beribu-ribu produk makanan sedia dimakan untuk diterbangkan ke Tokyo.
Makanan halal seperti nasi biryani dan nasi goreng adalah antara menu yang bakal dibawa ke sana.
Sementara itu, berpuluh ribu produk makanan halal disediakan bagi menampung keperluan lebih 50 negara Islam yang bakal bertanding di acara itu nanti.
Jepun menjangkakan lebih 40 juta pelancong akan tiba di Tokyo dan Malaysia menjangkakan 8 juta daripadanya pelancong Islam.
Kerajaan Malaysia juga akan mengadakan “Malaysia Street 2020” yang akan memberi peluang untuk syarikat Malaysia menjual makanan halal kepada syarikat pembekal di Jepun bagi mempromosi produk mereka.
Peluang yang diberikan ini pastinya dapat dijadikan sebagai satu platform untuk Malaysia terus berkembang sebagai pembekal makanan halal bukan saja di Jepun malah di negara lain juga sepanjang penganjuran Sukan Olimpik ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, jumlah pelancong Islam yang memasuki Jepun dilihat mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.
Dan atas dasar itu, Jepun mula menyediakan beberapa kemudahan “muslim friendly” seperti menyediakan ruang solat di beberapa kawasan dan kedai kosmetik halal untuk tarikan pelancong.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]