
Sekarang Xia mencari kerja separuh masa selepas syarikat itu, yang mempunyai seramai 100 kakitangan, menolak permohonannya untuk dibayar sekurang-kurangnya separuh gaji semasa penggantungan itu, menyebabkan dia tiada pilihan lain kecuali meletak jawatan.
“Saya faham aliran tunai syarikat ada kekangan,” kata Xia, 25. “Kami tunda beberapa penggambaran kerana wabak koronavirus, dan itu memberi kesan besar pada hasil syarikat, itu hakikatnya.”
Xia salah seorang daripada ramai yang hilang pekerjaan dalam wabak itu, yang meragut 1,870 nyawa dan menjangkiti lebih 72,000 orang, menyebabkan kekangan perjalanan dan pergerakan yang ketat yang menyebabkan banyak perniagaan ditutup, mengganggu permintaan dan bekalan barangan dan perkhidmatan.
Banyak firma-firma kecil seperti bekas majikan Xia berdepan hancuran tunai kerana ketiadaan tempahan, memaksa mereka membuang pekerja atau mengurangkan upah untuk bertahan.
Tetapi wabak belum menunjukkan tanda-tanda memuncak.
Sebarang peningkatan penggangguran yang mendadak boleh memberi cabaran besar pada pimpinan China yang obses dengan kestabilan, dengan pertumbuhan di ekonomi ke-2 terbesar di dunia itu sudah merosot hampir ke paras terendah dalam 3 dekad.
Hanya 34% daripada hampir 1,000 syarikat kecil dan sederhana berkata mereka boleh bertahan selama sebulan dengan aliran tunai semasa, kata tinjauan Universiti Tsinghua dan Universiti Peking baru-baru ini.
Sepertiga pula berkata mereka boleh bertahan selama 2 bulan, semantara 18% berkata mereka boleh berahan selama 3 bulan.
“Mungkin ada pemberhentian pekerja besar-besaran,” kata Wang Jun, ahli ekonomi di Bank Zhongyuan di Beijing.
“Saya fikir lebih wajar kiranya impak semasa dibandingkan dengan krisis global, dan bukannya dengan SARS,” katanya, merujuk kepada wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002 dan 2003.
Pemberhentian pekerja
Semasa krisis kewangan global 2008 dan 2009, kira-kira 20 juta pekerja asing China hilang pekerjaan ketika eksport berkurangan. Pakej rangsangan yang besar oleh Beijing merangsang pertumbuhan tetapi menyebabkan ekonomi dibebani hutang.
Pada 2002 dan 2003, asas ekonomi China kukuh walaupun dilanda SARS.
Minggu lepas, Kabinet berikrar menghalang pemberhentian pekerja berskala besar, meminta kerajaan tempatan membantu menstabilkan pekerjaan dengan membuat pengeluaran daripada insurans pengangguran dan dana sepertinya.
Syarikat di sektor perkhidmatan di China, daripada restoran dan hotel hingga ke kedai-kedai, panggung dan ejen pelancongan, terima kesan paling hebat daripada wabak itu, di samping pengilang kecil-kecilan yang untung kecil, kata ahli ekonomi.
“Situasi pekerjaan OK pada suku pertama, tetapi jika virus tidak dikawal menjelang penghujung Mac, kemudian bermula suku k-2, kita akan saksikan pemberhentian pekerja besar-besaran,” kata Dan Wang, seorang penganalisis di Economist Intelligence Unit (EIU).
Kehilangan pekerjaan mungkin setinggi 4.5 juta, menurut ramalannya.
Syarikat swasta membentuk 80% daripada pekerjaan di kawasan bandar.
Sebelum wabak virus, pengangguran sedang meningkat, dengan kadar pengangguran rasmi menurut tinjauan pada 5.2% pada Disember, daripada 4.9% pada April 2018 ketika perang perdagangan dengan Amerika Syarikat memberi kesan pada syarikat.
Penggubal dasar mengemukakan beberapa langkah bagi menyokonjg ekonomi berdepan jangkaan kesan pada suku pertama.
Ahli ekonomi berulang kali mengurangkan ramalan pertumbuhan ketika virus menular.
Syarikat pelaburan Nomura menjangkakan pertumubuhan suku pertama 3%, turun daripada 3.8%, kerana kadar kembali bekerja yang lebih rendah dari jangkaan selepas cuti Tahun Baru Cina dan perniagaan bermula semula.
Pertumbuhan ekonomi perlahan ke 6% pada suku ke-4, dengan pertumubuhan pada 2019 pada 6.1% – paling lemah dalam hampir 3 dekad.
Kehilangan pekerjaan yang semakin meningkat boleh menjejaskan pendapatan dan penggunaan, mengurangkan peluang pemulihan segera dalam ekonomi itu apabila wabak terkawal, kata ahli ekonomi.