
“Bangunan itu didapati runtuh sebelum hujan. Ia bukan tanah runtuh dan kejadian berlaku sebelum hujan.
“Mungkin struktur bangunan itu sendiri tidak mengikut spesifikasi sehingga roboh daripada tingkat 6 hingga ke bawah,” katanya selepas merasmikan program “Kempen KITA” di Sentul hari ini.
Bagaimanapun, Khalid berkata, siasatan dan kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar runtuhan itu.
Katanya, berikutan insiden itu, pembinaan projek kondominium berkenaan dihentikan serta-merta bagi memberi laluan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) membuat penilaian.
Beliau menasihati semua pemaju tidak menggunakan jalan pintas ketika melaksanakan projek pembinaan.
“Dalam hal ini, tiada siapa pun yang untung. Pemaju sepatutnya mengikut semua prosedur ditetapkan.”
Dua pekerja Bangladesh dilaporkan terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat 6 kondominum dalam pembinaan itu runtuh pada 3.40 petang.
Mangsa pertama diselamatkan pada 5.15 petang, manakala mangsa ke-2 pada 9.40 malam.