Saintis bergegas bangun vaksin tangani koronavirus

Saintis bergegas bangun vaksin tangani koronavirus

Virus ini merebak dengan cepat sejak ia muncul tahun lalu di China, membunuh lebih 800 orang di tanah besar dan menjangkiti lebih 37,000 orang.

Staf perubatan menjalankan ujian sistem bagi diagnosis koronavirus di Rusia pada 4 Feb. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Para saintis dari Amerika Syarikat hingga Australia menggunakan teknologi baru bernilai jutaan dolar untuk membangunkan vaksin dalam masa yang singkat bagi menangani wabak koronavirus.

Virus baru ini merebak dengan cepat sejak ia muncul tahun lalu di China, membunuh lebih 800 orang di tanah besar dan menjangkiti lebih 37,000 orang.

Mana-mana vaksin biasanya mengambil masa bertahun-tahun dan melibatkan proses ujian yang panjang terhadap haiwan, ujian klinikal pada manusia dan kelulusan pengawalseliaan.

Namun beberapa pasukan pakar bergegas membangunkan satu vaksin yang lebih cepat, disokong gabungan antarabangsa yang bertujuan memerangi penyakit yang muncul, dan saintis Australia berharap mereka boleh menyiapkannya dalam tempoh 6 bulan.

“Ia adalah situasi tekanan tinggi dan banyak beban ke atas kami,” kata penyelidik kanan Keith Chappell, sebahagian daripada kumpulan dari University of Queensland Australia.

Walaupun jangka masa 6 bulan kelihatan lambat untuk virus itu yang dipercayai muncul dari pasar yang menjual haiwan liar, ia membunuh hampir 100 orang setiap hari di China.

Usaha itu diketuai Pakatan Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI), badan yang ditubuhkan pada 2017 untuk membiayai penyelidikan bioteknologi berikutan wabak Ebola di Afrika Barat yang mengorbankan lebih 11,000 orang.

Dengan misi untuk mempercepatkan pembangunan vaksin itu, CEPI membiayai berjuta-juta dolar dalam 4 projek di seluruh dunia dan menggesa lebih banyak cadangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.