
“Kami memahami keadaan pelanggan kami yang terdiri daripada pengusaha perniagaan yang mungkin terjejas kerana tidak dapat berurusan dengan pembekal tertentu akibat penularan penyakit ini terutamanya di negara-negara yang berisiko,” kata ketua eksekutifnya Yunos Abd Ghani dalam satu kenyataan hari ini.
“Kami menyeru kepada mereka yang terlibat untuk hadir dan berbincang dengan BSN bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka di samping memastikan kemudahan disediakan dinikmati dengan sebaik mungkin.
“Sebagai sebuah bank yang prihatin, BSN sentiasa memastikan keperluan pelanggannya diutamakan,” katanya.

Pelanggan boleh hadir di mana-mana cawangan BSN berhampiran untuk perbincangan atau menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 bagi keterangan lanjut.