
Dokumen dasar berkaitan itu termasuklah Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT PD) dan Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
BNM berkata dalam kenyataan, BIMB membayar RM1.70 juta bagi AMP yang dikenakan pada 29 Mei lepas berkaitan keperluan saringan sekatan, dan RM1.745 juta bagi AMP yang dikenakan pada 30 Jun berkaitan gangguan perkhidmatan yang berpanjangan.
Bank pusat juga mengenakan AMP sebanyak RM2.85 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (DFIA) dan Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT PD).
Bank Rakyat membayar RM2.850 juta bagi AMP dikenakan oleh BNM pada 26 Jun.
Selain itu, bank pusat juga mengenakan AMP sebanyak RM995,000 ke atas Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana ketidakpatuhan terhadap DFIA dan PD RMiT.
BSN membayar RM995,000 bagi AMP dikenakan oleh BNM pada 25 Jun, 2025, kata BNM.