
Zaman sekarang ini telefon pintar bukan lagi kemahuan dan ianya memang keperluan untuk semua.
Sebelum kita membeli sesebuah telefon pintar, mesti kita akan cari penjual yang menjual dengan harga yang paling murah.
Tapi bila sudah beli yang murah, tiba-tiba rasa was-was dan mulalah berfikir adakah telefon pintar yang kita beli itu original ataupun yang ciplak punya?
Ini 3 langkah mudah untuk anda mengenalpasti sama ada telefon pintar yang dibeli itu asli ataupun klon.
Periksa spesifikasi telefon pintar

Anda boleh bandingkan spesifikasi telefon pintar yang sudah dibeli itu dengan sumber-sumber yang betul dan tepat seperti di laman web https://www.gsmarena.com/.
Selain GSM Arena, anda juga boleh semak di laman web AIDA64 dan CPU-Z.
Pastikan SIRIM telah disahkan
SIRIM ialah institut yang mengeluarkan piawaian bagi sesebuah produk yang sudah terhasil di Malaysia.
Kalau telefon pintar anda itu ada dilekatkan dengan pelekat SIRIM, bermakna ianya memang original.

Anda juga boleh pergi ke link https://ecomm.sirim.my/sirimenquiry/search_IMEI.aspx dan masukkan nombor IMEI telefon pintar anda untuk periksa.
Untuk mendapatkan IMEI telefon, anda kena dail *#06# pada aplikasi telefon dan tengok sama ada IMEI tersebut sama pada kotak.
Bandingkan di kedai pengedar yang sah

Kalau anda rasa rekabentuk telefon pintar anda macam agak pelik sikit, terus bawa ke pengedar yang sah berhampiran dan terus bandingkan dengan telefon pintar yang terjual di sana.
Anda boleh juga menyemak warranty telefon pintar tersebut, sama ada warranty daripada brand itu sendiri atau daripada pengedarnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]