
Sejak kebelakangan ini penularan wabak koronavirus ternyata menjadi topik utama perbualan masyarakat dunia yang sehingga kini telah meragut 213 nyawa.
Rentetan itu timbul pelbagai spekulasi, tak kurang juga teori konspirasi seiring perkembangan virus tersebut.
Dan baru-baru ini, wujud dakwaan kononnya pesakit koronavirus boleh sembuh jika mereka minum peluntur pakaian.

Teori itu ternyata tidak betul dan mengarut semata-mata.
Menurut laporan Daily Star, pakar perubatan menguar-uarkan perbuatan itu boleh memberi kesan buruk kerana kandungan kimia yang ada dalam peluntur.
Dalam pada itu, kumpulan yang mencetuskan teori itu, QAnon mendakwa peluntur Miracle Mineral Solution (MMS) juga boleh menyembuhkan AIDS dan austisme.
Selain minum, mereka mendakwa pesakit juga boleh membuat semburan pada mulut dan berkumur dengan cecair itu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]