Agensi pergiat usaha ‘jual’ khidmat penjagaan kesihatan Malaysia ke Timur Tengah

Agensi pergiat usaha ‘jual’ khidmat penjagaan kesihatan Malaysia ke Timur Tengah

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, akan diperluaskan ke Kemboja dan Brunei.

Malaysia berharap dapat menarik 2 juta pelancong kesihatan tahun ini, kata Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia.
PETALING JAYA:
Sebuah agensi kerajaan bagi menggalakkan pelancongan perubatan akan memperkukuhkan kehadirannya di Timur Tengah dan beberapa negara lain tahun ini.

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, akan diperluaskan ke Kemboja dan Brunei, selain meningkatkan kesedaran di Arab Saudi, UAE, Qatar, Oman dan Kuwait kata ketua eksekutifnya, Sherene Azli.

Majlis itu juga dijangka menjana perniagaan baru dari Britain, Australia, New Zealand dan Hong Kong, katanya.

“Cabaran utamanya ialah dalam menembusi pasaran baru ialah membina kesedaran tentang kemudahan penjagaan kesihatan yang ada di Malaysia,” kata beliau.

“Walaupun negara berkenaan mungkin mengenali Malaysia atas sebab lain seperti mempunyai destinasi pelancongan bertaraf dunia, namun cabaran utama kita ialah mewujudkan kesedaran mengenai tawaran unik industri perubatan kita, yang sememangnya diiktiraf antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata, matlamat untuk menarik 2 juta pelancong kesihatan tahun ini, yang dijangka menjana hasl sebanyak RM2 bilion dan menyumbang RM8 bilion kepada ekonomi melalui khidmat sokongan seperti makanan, penginapan, pengangkutan, istirehat dan aktiviti pelancongan.

Pada 2018, kira-kira 1.2 juta pelancong kesihatan melawat Malaysia dan membelanjakan RM1.5 bilion untuk perkhidmatan hospital dan menghasilkan kesan ekonomi sebanyak RM6.4 bilion.

Walaupun pelancongan antarabangsa akan menerima kesan daripada penularan wabak koronavirus (2019-nCoV) Sherene berkata, asas kukuh negara ini dalam kesiapsiagaan pandemik bermakna ia akan kekal sebagai pilihan menarik kepada pelancong kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.