Koronavirus: TPM, menteri adakan mesyuarat tergempar

Koronavirus: TPM, menteri adakan mesyuarat tergempar

Mesyuarakat yang dijangka berlangsung selama 2 jam itu dihadiri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifudin Abdullah dan Gobind Singh Deo dan pegawai kanan kerajaan lain.

Sistem Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, (MyCPRC) memaparkan keadaan terkini penularan wabak koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Satu mesyuarat tergempar diadakan petang ini di Pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan penularan koronavirus yang mencatatkan 4 kes positif sehingga awal pagi tadi.

Dimaklumkan, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dijangka akan membentangkan data dan status terkini mengenai virus tersebut kepada jawatankuasa pengurusan bencana negara.

Sehingga kini, antara menteri yang hadir ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Negeri Saifudin Abdullah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Antara lain yang hadir ialah Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Mesyuarat Klusternovel Koronavius itu dipengerusikan oleh Wan Azizah dan dijangka selesai dalam 2 jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.