Jangan malu menyewa kalau tak mampu beli, kata pakar hartanah

Jangan malu menyewa kalau tak mampu beli, kata pakar hartanah

Pengasas Rahim & Co, Abdul Rahim Abdul Rahman hanya mampu beli rumah pertamanya 5 tahun selepas bekerja kerana tidak mampu.

Pemaju disaran mempertimbangkan skim sewa-beli daripada membiarkan rumah tidak terjual tidak berpenghuni.
KUALA LUMPUR:
Pengasas salah sebuah perunding hartanah terbesar negara berkata jangan malu menyewa hartanah sekiranya tak mampu membeli rumah.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat Kajian Pasaran Hartanah Rahim & Co 2019/2020 hari ini, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata beliau juga tidak mampu beli rumah apabila baru mula bekerja.

“Tak salah menyewa, lagipun graduan hari ini mungkin berpendapatan sekitar RM3,000, jadi mereka tak mampu beli rumah, dan ada bil-bil lain yang perlu dibayar.”

Beliau menyarankan graduan menyewa terlebih dahulu dan hanya fikir untuk membeli rumah selepas 4 hingga 5 tahun bekerja.

Rahim akui anak-anak muda berdepan tekanan daripada ibu bapa supaya membeli rumah tetapi lebih baik untuk mereka kalau hanya berbuat demikian apabila mampu.

Beliau menyambut baik skim sewa-beli untuk anak-anak muda dan berkata pemaju patut menawarkan skim seperti itu daripada membiarkan unit tidak terjual tidak berpenghuni.

Mengenai keadaan rumah berlebihan, di mana 50,008 rumah tidak terjual termasuk unit rumah pangsa berservis dan SoHo (pejabat kecil kediaman kecil) bernilai sekitar RM34 bilion, Rahim percaya pasaran akan membetulkan keadaan itu.

Beliau berkata beberapa pemaju gagal menjalankan penyelidikan secukupnya sebelum menjalankan satu-satu projek.

“Dulu, apabila seorang pemaju mahu melancarkan projek, pembeli akan beratur kerana rumah tak cukup.”

Pengasas Rahim & Co, Abdul Rahim Abdul Rahman.

Sekarang, katanya, ramai pemaju memberikan diskaun untuk menjual unit-unit tidak terjual, kadang-kadang sehingga pulang modal sahaja.

“Tetapi masi ada orang tak mampu memiliki hartanah-hartanah itu.”

Beliau berkata kerajaan tidak patut selamatkan pemaju-pemaju yang gagal menjalankan kajian secukupnya.

Di Singapura, pemaju boleh didenda sekiranya gagal menjual hartanah, katanya.

“Ini memberitahu tahu pemaju bahawa sebelum mereka mula membangunkan sesuatu, mereka perlu melaksanakan kajian yang tepat mengenai permintaan.”

Katanya, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan sedikit membantu menyelesaikan keadaan rumah berlebihan dan tidak salah untuk Putrajaya menjalankan kempen seperti itu.

Tetapi HOC dan manfaatnya seperti pengecualian duti setem patut diperluaskan kepada rumah-rumah yang dijual di pasaran kedua.

Tahun lepas, Putrajaya melancarkan HOC dalam usaha mengalakkan rakyat membeli rumah dan mengurangkan bilangan hartanah tak terjual.

Dalam kempen itu, pemaju menawarkan sekurang-kurangya diskaun 10% ke atas semua hartanah tak terjual manakala Putrajaya memberi pengecualian duti setem kepada pembeli bagi unit-unit kediaman berharga antara RM300,000 dan RM1 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.