JPM sah tukar nama kompleks kepada Setia Perdana

JPM sah tukar nama kompleks kepada Setia Perdana

Nama baru itu berkuatkuasa 1 Feb sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Jabatan Perdana Menteri. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan pertukaran nama Kompleks JPM kepada nama baru, Setia Perdana.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Izzad Zalman Abdul Kader ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, pertukaran nama itu sama sekali tidak melibatkan unsur politik, sebaliknya usaha di peringkat kerajaan persekutuaan untuk menjenamakan semula pejabat kementerian dan agensi kerajaan di Putrajaya, termasuk Kompleks A,B,C,D,E dan F.

“Sejak 25 tahun lalu tak pernah tukar. Jadi, sekarang ini kita tengah usahakan untuk ‘rebrand’ and ‘reflect’ profesionalisme jentera kerajaan dan kementerian,” katanya.

Presiden MCA, Wee Ka Siong menimbulkan perkara ini di Facebook selepas surat mengenai pertukaran nama itu tersebar di media sosial.

“Terfikir juga, adakah ketika ini ‘angin’ sedang bertiup kencang di Putrajaya?” katanya pemimpin Barisan Nasional itu. “Maka ini merupakan satu seruan supaya setia kepada perdana menteri walau apa pun berlaku?”

Izzad menafikan dakwaan tersebut. “Bukan arahan PM atau apa, sebab penjawat awam pun tahu kerana ia melibatkan pekeliling.”

FMT dimaklumkan pertukaran nama itu akan berkuatkuasa 1 Feb bersempena Hari Wilayah Persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.