Peguam negara UK dakwa hukuman terhadap perogol lelaki prolifik ‘terlalu ringan’

Peguam negara UK dakwa hukuman terhadap perogol lelaki prolifik ‘terlalu ringan’

Geoffrey Cox meminta Mahkamah Rayuan mempertimbangkan untuk memaksimumkan perintah penjara seumur hidup terhadap Reynhard Sinaga.

Reynhard Sinaga dijatuhi hukuman penjara 30 tahun. (Gambar AP)
LONDON:
Peguam Negara Britain merayu terhadap hukuman penjara minimum 30 tahun yang dikenakan ke atas lelaki warga Indonesia yang digambarkan sebagai pesalah seks paling terkenal di negara itu, mengatakan ia “terlalu ringan”.

Geoffrey Cox meminta Mahkamah Rayuan mempertimbangkan untuk memaksimumkan perintah penjara seumur hidup terhadap Reynhard Sinaga, 36, supaya dia tidak layak dibebaskan dari penjara.

Sinaga disabitkan dengan 159 kesalahan, termasuk 136 rogol dan 8 cubaan merogol pada 4 perbicaraan berasingan yang bermula pada Jun 2018 dan terakhir berakhir pada Disember lalu.

Seorang hakim di Manchester berkata dia akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 30 tahun sebagai sebahagian hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan seksual terhadap lelaki-lelaki yang dikenakan dadah dan diserangnya.

Polis percaya dia mungkin menyerang seramai 195 orang, kebanyakannya lelaki heteroseksual di bandar Manchester dengan mengundang mereka ke rumah pangsanya.

“Selepas mempertimbangkan dengan teliti butiran kes ini, saya memutuskan untuk merujuk hukuman itu ke Mahkamah Rayuan,” kata Cox dalam satu kenyataan.

“Sinaga melakukan serangan yang sangat teruk, dalam tempoh yang lama dan mengakibatkan kesakitan dan penderitaan psikologi yang besar kepada mangsa-mangsanya.

“Sekarang bagi mahkamah untuk memutuskan sama ada untuk menambah hukuman,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.