Akibat lapar, isteri disiram air panas gara-gara makanan dihurung semut

Akibat lapar, isteri disiram air panas gara-gara makanan dihurung semut

Suami tidak mampu mengawal emosi dan bertindak menyiram air panas kepada isteri kerana lapar apabila makanannya pula dihurung semut.

Apabila kita berada dalam keadaan marah, apa sahaja boleh berlaku kerana emosi bertindak mengawal perasan.

Akhirnya, perkara yang tidak dijangka juga mungkin boleh berlaku, seperti yang dialami pasangan suami isteri di Indonesia.

Viva news.com melaporkan suaminya, Hendar bertindak menyiram air panas ke atas tubuh isterinya hanya kerana makanan yang dihidangkan untuknya dihurung semut.

Tindakan itu dibuat kerana terlalu marah dan lapar.

Hendar lantas memukul isterinya dengan tangan kosong sebelum bertindak menggunakan sandal dan sarung golok hingga isterinya tidak bermaya.

“Setelah itu baru saya siram dengan air panas,” kata Hendar.

Dalam pengakuan itu lagi, katanya Hendar hanya duduk santai di kerusi sambil minum kopi dan membiarkan saja isterinya merintih kesakitan selepas disiram air panas.

“Sudah saja setelah disiram, saya diam saja, Pak, paling minum kopi,” kata Hendar lagi.

Akibat daripada itu, isterinya dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kulitnya melecur dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Cibalong.

Pihak berkuasa memaklumkan, suspek berusia 25 tahun telah ditahan di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat semalam.

Siasatan awal mendapati Hendar melakukan perbuatan itu di kediamannya di Kecamatan Cibalong pada minggu lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.