
Jorge Borgiani berkata, sekurang-kurangnya 4,417 kg kokain dirampas dalam operasi bersama Direktorat Kastam Kebangsaan dan tentera laut wilayah di pelabuhan Montevideo pada Khamis.
Beliau berkata, dadah itu diikrar sebagai produk tepung soya dan disembunyikan dalam di 3 kontena.
“Masih ada satu lagi kontena yang belum dibuka,” kata Borgiani pada sidang media.
Nilai kokain yang dirampas dari 2 buah kontena dianggarkan kira-kira AS$1 bilion.
Dadah berkenaan dikatakan untuk dihantar ke bandar pelabuhan Lome, ibu kota Togo.
Tentera Laut Uruguay berkata operasi itu memberi “tamparan hebat kepada sindiket penyeludupan dadah.”
Pada Nov di pelabuhan Montevideo, pihak berkuasa menemui sebuah kontena mengandungi lebih 3 tan kokain, juga untuk dihantar ke Afrika.