SPRM buka kes lama ‘mungkin berkait orang berpengaruh’

SPRM buka kes lama ‘mungkin berkait orang berpengaruh’

Latheefa Koya berkata, akyat mahu kes berkaitan Sarawak atau kematian bekas pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock dibuka semula.

Latheefa Koya berkata, buat masa ini tiada tindakan diambil terhadap pegawainya kerana beliau perlu tahu alasan kes lama ditutup terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula kes lama yang mungkin ditutup kerana ada kaitan dengan orang berpengaruh, kata ketua pesuruhjayanya, Latheefa Koya.

Katanya, rakyat mahu kes berkaitan Sarawak atau kematian bekas pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock pada 2009 dibuka semula.

“Begitu banyak fail. Saya dimaklumkan ada yang sudah ditutup.

“Saya tidak pasti kenapa fail ini ditutup sedangkan mereka beritahu saya masih ada kes,” katanya selepas menghadiri sebuah forum anjuran Transparency International Malaysia dan Inisiatif Pembaharuan Malaysia (MARI) hari ini.

Latheefa berkata, beliau menerima memorandum membuka semula kes ditutup dan ia “mungkin ada kaitan dengan orang yang sangat berpengaruh”.

Beliau berkata, ada di kalangan kes itu yang baru berlaku tahun lalu, tetapi beliau enggan mendedahkan butirannya bagi mengelakkan kemungkinan fail berkenaan “hilang”.

Katanya, buat masa ini tiada tindakan diambil terhadap pegawainya kerana beliau perlu tahu alasan kes itu ditutup terlebih dahulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.