Anwar sedia bantu polis segerakan siasatan tuduhan seks

Anwar sedia bantu polis segerakan siasatan tuduhan seks

Sehari selepas Yusoff Rawther disoal selama berjam-jam di Bukit Aman semalam dan kelmarin.

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim sedia memberi keterangan kepada polis dengan segera dalam siasatan ke atas tuduhan salah laku seks oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

“Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaharu terhadap saya, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed dilaporkan berkata Anwar akan dipanggil bagi memberi keterangan, sehari selepas Yusoff disoal selama berjam-jam di Bukit Aman semalam dan kelmarin.

Yusoff diambil keterangannya berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Anwar pada Sabtu serta suatu akaun berkanun terhadap pemimpin PKR itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.

Anwar menafikan dakwaan serangan seksual, mengatakan ia bermotif politik, menjelang kongres nasional tahunan PKR, dan pada hari yang didakwa beliau sedang berkempen pada pilihan raya kecil Port Dickson.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.