Wendy tebus duka KL17, raih emas 3 meter papan anjal

Wendy tebus duka KL17, raih emas 3 meter papan anjal

Pada Sukan SEA 2017, 2 emas yang dimenangi Wendy Ng dalam acara 3 meter papan anjal individu dan seirama ditarik selepas didapati positif sibutramine selain dikenakan penggantungan 8 bulan.

Penerjun wanita negara, Wendy Ng meraih pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal, hari ini. (Gambar Twitter)
NEW CLARK CITY:
Penerjun wanita negara, Wendy Ng berjaya menebus episod duka acara 3 meter papan anjal pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila merangkul emas dalam acara itu pada edisi 2019 di sini, hari ini.

Penerjun negara membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila Jasmine Lai Pui Yee turut menyumbang pingat perak kepada kontinjen negara.

Wendy mengumpul 298.90 mata, manakala Jasmine 241.95 dan pingat gangsa menjadi milik penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai dengan catatan 241.25 mata,

Wendy, 26, sebelum ini menempuh episod duka apabila 2 pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal individu dan seirama yang dimenangi pada edisi di Kuala Lumpur, ditarik selepas didapati positif sibutramine, selain dikenakan penggantungan 8 bulan.

Untuk rekod, Wendy antara 4 penerjun wanita negara yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, selain Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.