
Sebaliknya, pejabat menteri itu memaklumkan rombongan itu sebenarnya memintas ambulans itu untuk membuka jalan bagi membantunya melepasi keadaan trafik yang sesak ketika kejadian 9.15 pagi itu.
“Kenderaan pengiring Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengiringi kenderaan menteri memintas ambulans itu untuk membuka jalan bagi membolehkan ambulans dan kenderaan rombongan menteri melepasi kesesakan itu.
“Hasilnya, kereta menteri dan ambulans berjaya melepasi kesesakan itu dan berjalan dengan lancar selepas laluan dibuka oleh anggota trafik DBKL itu,” menurut kenyataan itu.
Turut disertakan bersama hantaran itu rakaman video oleh Pusat Pengurusan Pengangkutan (Itis) DBKL yang menunjukkan ambulans mengekori rombongan kenderaan pengiring menteri bagi merentasi jalan yang sesak.