
“Antaranya membabitkan pendawaian di bangunan utama yang sudah berusia lebih 70 tahun, dan kerja-kerja akan dimulakan pada tahun depan.
“Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menjadi lokasi tragedi kebakaran pada Oktober 2016 juga akan diperbaiki,” katanya di Facebook.
Kelmarin, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan kekecewaannya terhadap perkembangan hospital itu yang selepas 3 tahun masih belum diperbaiki sepenuhnya.
Menurut Sultan Ibrahim, pertemuan itu turut membincangkan perancangan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor yang akan menumpukan sepenuhnya kepada rawatan, penyelidikan dan pendidikan kanser.
Katanya, wakil Asian American Medical Group (AAMG) yang menerajui projek itu mengutarakan keperluan lebih ramai bilangan pakar kanser bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik.
Pusat kanser itu, katanya, untuk merealisasikan impian anaknya, Tunku Abdul Jalil yang sentiasa mahu membantu pesakit kanser.
“Saya turut mencadangkan keperluan sebuah lagi hospital di Johor Bahru memandangkan berlaku peningkatan dari segi bilangan pesakit serta kesesakan di HSA pada masa sekarang.
“Saya mahukan perkhidmatan perubatan awam yang lebih baik untuk rakyat Johor,” katanya.