Koleksi Harry Potter edisi terhad hanya di Pandora

Koleksi Harry Potter edisi terhad hanya di Pandora

Pandora Malaysia tampil dengan koleksi Harry Potter edisi terhad menampilkan 12 charms termasuk dengan rekaan Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley.

Berita baik buat peminat Harry Potter dan jika anda Potterhead, anda pasti tidak akan senang duduk dengan koleksi terbaharu daripada Pandora yang menarik ini.

Pandora Malaysia kini tampil dengan koleksi Harry Potter edisi terhad menampilkan 12 charms termasuk dengan rekaan Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley.

Setiap seleksi koleksi ini cukup istimewa dan cantik, serta pastinya sesuai jika anda ingin berikan hadiah buat yang tersayang.

Jika anda menonton filem Harry Potter, anda pasti ingat akan sukan terkenal Quidditch dimana Harry Potter berjaya tangkap Golden Snitch.

Menariknya, koleksi ini juga hadir dengan loket Golden Snitch yang pastinya mengimbau memori filem itu.

Selain daripada charms dan loket, pada koleksi kali ini juga tampil dengan bangle yang kelihatan just nice untuk pemakainya.

Pada bangle tersebut, dapat dilihat Silver Snitch diletakkan sebagai hiasan.

Untuk pengetahuan anda, harga untuk setiap satu charms bermula daripada RM259 dan harga untuk loket Golden Snitch pula adalah RM419 sahaja.

Manakala bangle pula berharga RM479.

Jika anda berminat untuk membeli koleksi Harry Potter ini, anda boleh dapatkan di kesemua cawangan Pandora atau beli secara atas talian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.